Friday, 8 December 2017

MINTA MAAF

Assalamualaikum,

Buat kali pertamanya aku akan tulis sedikit coretan dalam bahasa ibundaku sendiri.

Apa khabar?
Bagaimana kehidupan kita pada hari ini?

Adakah kita sedar, akhirnya dunia kian hampir.
Aku, diriku, myself,
Aku masih mentah,
Aku perlukan didikan,
Aku perlukan orang yang mampu memberi semangat kepadaku.

Aku tahu,
Tidak semua kehidupan ini perlu bergantung dengan orang lain,
Namun, kelemahanku,
Membuatku ingin terus berdiri di kaki orang lain,
Aku minta maaf,
Aku insan yang lemah.

Tenaga, kekuatan & daya,
Semua itu perlu,
Tetapi aku mempunyai kekurangan,
Perlukah kalian tahu?
Mungkin tidak, mungkin ya,
Aku tidak ingin memberikan kalian beban.

Selagi tuhan itu ada,
ALLAH S.W.T,
Aku akan masih mampu untuk menempuh segala yang aku hadapi sekarang,
Maafkan aku jika aku insan yang seringkali berbuat dosa,
Aku tidak mampu ungkapkannya secara lisan.

LEMAH,
Ya, itu perkataan yang aku mampu tulis.
Perkataan itulah yang melambangkan diriku yang sebenar.
Ampun, ampun, ampun,
Aku tidak berdaya.
Bantulah aku.

Imanku, sangat lemah
Bimbinglah aku,
Aku perlukan bantuan kalian,
Aku tidak mampu untuk berubah dengan sendirinya.
Tolong,
Tolong aku wahai sahabat.

Jika ajal memanggilku,
Aku minta maaf sekali lagi,
Aku sedar sikapku yang pemalu ini,
Membuatkan ku malu untuk mengeluarkan kata maaf di depan kalian,
Sekali lagi, maafkan aku.

Tolong sampaikan salam sayang aku kepada semua.

Terima kasih.
8Disember2017
16:13

Mirza Shamina.



No comments:

Post a Comment